About Me

alor setar, kedah, Malaysia
~HaNI AqILaH MohD HAmDi~ ~21~ ~AlUmNi AssAk(ANAK SAINS KEDAH)~ ~DiPloMa SainS, uitm Arau~ ~Si GiGi BeSi~

:)

nuffnang

~FaMiLy :)~

~FaMiLy :)~
~no matter what..family come 1st after Allah~

Thursday, September 6, 2012

~MathEMaTiCs!~

assalamualaikum...

disebabkan harini kelas BEL habis awal..
hani rasa ter rajin nk cari pasal maths..
haha mcm pelik kan..cari pekebendaa laaaa...

tapi ni laaa yg hani dapat..
mungkin hani da terlalu 'penat' dengan maths..
ya Allah..sabar  hani..nk habih dah sem..ckit ja lagi :')
kuatkan semangat aku ya Allah.......

dan hani ada terbaca sumtin benda2 ni..
:)


Adakah anda TAKUTkan subjek matematik? Adakah anda TIDAK SUKA subjek matematik? Adakah jantung anda seringkali berdegup kencang apabila tibanya waktu matematik di sekolah? Adakah keputusan matematik anda kurang memuaskan? Adakah anda merasai guru matematik anda garang dan menakutkan? Adakah anda merasai bosan apabila mempelajari matematik? Adakah anda rasa matematik bukan satu subek yang penting untuk dipelajari? Anda mungkin menghadapi masalah dalam mempelajari matematik. Ruangan ini akan membincangkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah anda ini. Bagi keluaran kedua, kita akan membincangkan tentang pemikiran positif dalam mempelajari matematik.
Setiap pelajar pasti inginkan kejayaan dalam bidang akademik. Perasaan bahagia, puas hati, berbangga pasti hadir dalam diri anda apabila anda menempa kejayaan dalam apa bidang sekalipun. Tidak mustahil untuk anda berjaya dalam subjek matematik. Apkah langkah pertama bagi mencapai kejayaan ini? Mestilah anda harus membuang sikap dan tanggapan negatif tehadap matematik dan menggantikannya dengan yang postif.
Pertama sekali anda harus tahu bahawa anda tidak boleh lari daripada mempelajari matematik selagi anda berada di bangku sekolah. Oleh itu, adalah lebih mudah jika anda menghadapi subjek ini dengan penuh ketabahan, kesabaran dan keberanian. Minat yang telah lama anda kuburkan harus dihidupkan semula bagi memudahkan anda mempelajari subjek yang dikatakan sukar ini. Bersama-samalah kita berusaha mencungkil minat untuk mempelajari matematik.  
Terdapat beberapa langkah boleh anda ambil untuk jadi berminat untuk mempelajari matematik, iaitu:

1. Hiasi ayat-ayat perangsang dalam jiwa anda dan juga di sekeliling anda.
Ulangi ayat-ayat perangsang ini setiap hari untuk beberapa kali. Hiasi bilik anda, meja belajar anda, peti sejuk anda, kelas anda dengan kata-kata perangsang di bawah ini. Jadikan ia poster-poster yang ceria dan menarik perhatian demi melahirkan semangat untuk mempelajari matematik! Slogan-slogannya adalah seperti berikut, anda juga boleh mencipta slogan positif sendiri yang bersesuaian dengan diri anda:
§ ‘Semakin hari saya semakin mahir dalam bidang matematik’

§ ‘Saya boleh menguasai matematik’
§ ‘Saya semakin memahami matematik’
§ ‘Saya sentiasa rileks ketika mempelajari matematik’
§ ‘Saya yakin dengan kebolehan saya dalam matematik’
§ Matematik itu menarik!

2. Jadikan diri anda semangat untuk mempelajari matematik.
Untuk melahirkan semangat ini, anda boleh
§ mencari sebab mengapa anda harus mempejari matematik. Senaraikan seberapa banyak mungkin.
§ Mencari aplikasi matematik dalam kehidupan seharian. Anda pasti terkejut apabila melihat betapa banyaknya kegunaan matematik dalam kehidupan kita!
§ Bersemangat untuk pergi ke kelas dan menyalin nota
§ Bertanyakan soalan. Jika anda tidak memahami sesuatu perkara dalam kelas matematik, jangan takut untuk mengangkat tangan dan bertanya soalan. Guru sebenarnya suka apabila pelajar menunjukkan minat dalam subjek yang diajarnya. Guru amat suka apabila pelajar bertanyakan soalan di kelas.
 § Anda juga haruslah cuba menjawab dan menyelesaikan soalan dan latihan matematik yang guru anda berikan. Adalah bagus anda berbincang dengan rakan anda untuk menjadikan pelajaran ini lebih menarik. Sama-sama anda pasti boleh!

3. Banyakkan berdoa dan memohon kejayaan dari Tuhan.
§ Setiap kejayaan kita peroleh adalah sebenarnya datang dari Tuhan. Kita harus sentiasa menjadi hamba yang bersyukur di atas segala pemberianNya. Saya menggalakkan setiap hari anda, memohon dari Allah s.w.t (bagi yang muslim) supaya diberikan kejayaan dalam setiap perkara yang diceburi. Ikhlaskan diri anda untuk lakukannya demi mencari keredhaan Allah s.w.t, demi melihat kebesaranNya, demi mendekatkan diri kepadaNya dan demi menjadi hamba yang lebih, bersyukur, sujud dan tawadduk kepadaNya. Allah s.w.t pasti mendengar setiap doa hambaNya.
§ Amalkan doa penerang hati setiap kali memulakan pelajaran dan jangan lupa membacakan Bismillah sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Harapkan pertolongan dan perlindungan dariNya dalam setiap langkah yang anda ambil, Allah s.w.t suka dan sayang kepada insan yang sentiasa mengingatiNya, mengagungkanNya dan bersyukur akan setiap pemberianNya.
§ Jangan lupa untuk tunaikan solat lima waktu dan membaca Al-Quran setiap hari untuk menerangkan hati dan memudahkan ilmu masuk ke jiwa anda. Amalkan zikir dan selawat dan sentiasa meminta ampun akan dosa-dosa yang anda telah lakukan.
Hati yang ikhlas, dan niat yang luhur untuk mencari keredhaanNya pasti menempa kejayaan!

4. Percaya anda boleh!
Jangan biarkan tanggapan orang mengkaburkan niat anda untuk berjaya. Jangan biarkan mereka mematahkan semangat anda! Jangan biarkan mereka pijak kepala anda! Yakin pada diri bahawa dengan usaha yang gigih, pemikiran yang positif, kejayaan pasti milik anda!
Dalam keluaran akan datang kita akan membincangkan pembelajaran matematik yang berkesan.

insyaAllah..hani pun boleh..usaha hani usaha! :')

No comments:

Post a Comment